Wednesday , September 18 2019
Home / :BLOG: / Cukai Gula, Ingat Tak “Orang Miskin Tak Minum Coke!”

Cukai Gula, Ingat Tak “Orang Miskin Tak Minum Coke!”

Cukai gula kerajaan PH bermula hari ini.

Dulu saya potong subsidi gula, PH marah.

Tahun itu, kita mansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen untuk satu kg tapi tahun itu kita perkenalkan BR1M buat pertama kali dalam sejarah Malaysia.

PH kata saya zalim.

Hari ini, takde subsidi untuk gula. Malah dikenakan cukai sehingga harga naik 70sen satu kotak (bukan satu kg) disamping BR1M dipotong.

Tapi sekarang PH okay je, Tak zalim.

PH kata ini baik untuk Rakyat dan orang miskin tak perlu minum coke dan minuman bergula.


PELAKSANAAN duti eksais ke atas minuman bergula bermula hari ini menyebabkan harga produk itu naik antara 20 sen hingga 70 sen.

Tinjauan Harian Metro di beberapa premis perniagaan sekitar Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam dan Bangsar mendapati, peniaga mula melakukan penyelarasan harga.

Antara minuman yang berlaku kenaikan adalah air berkarbonat, kopi, minuman tenusu, jus buah-buahan dan minuman tin serta kotak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...