Wednesday , July 17 2019
Home / :BLOG: / UMNO, Pas mampu jaga kepentingan Melayu dan Bumiputera

UMNO, Pas mampu jaga kepentingan Melayu dan Bumiputera

Pelawaan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya parti Melayu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menguatkan kuasa Melayu dilihat hanya helah semata-mata.

Ini kerana, beliaulah sebenarnya yang bertanggungjawab memecah-belahkan kekuatan Melayu dengan penubuhan Bersatu.

Malah, ramai tahu, Dr. Mahathir menubuhkan Bersatu atas dasar membalas dendam bagi memecahkan UMNO, selain sanggup menggadai kuasa politik kepada DAP yang menyebabkan kuasa Melayu terhakis.

Dr Mahathir juga didakwa menggadai pelbagai jawatan penting negara kepada DAP khasnya portfolio strategik dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH) seperti Menteri Kewangan, Peguam Negara dan Menteri Penerangan, malahan Bersatu dilihat menikus apabila DAP membuat sesuatu yang merugikan Islam Melayu.

Oleh yang demikian, seruan Melayu menyertai Bersatu adalah suatu yang amat sukar, apatah lagi UMNO adalah parti terbesar Melayu Bumiputera dalam negara ini.

UMNO juga begitu berbeza dengan Bersatu, tegas Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Menurutnya, UMNO ditubuhkan bagi menyatukan orang Melayu, menjaga kesucian agama Islam, Raja-raja Melayu dan hak Melayu Bumiputera dengan pada masa sama menjaga kebajikan kaum lain.

Sedangkan beliau mendakwa Bersatu ‘membisu seribu bahasa dan tidak bertindak’ apabila maruah Islam Melayu tidak dijaga oleh sebahagian pimpinan dan parti dalam Kerajaan PH sendiri.

Malah Bersatu bukanlah satu organisasi yang boleh orang Melayu bergantung harap bagi memperjuangkan aspirasi dan wadah Bumiputera kerana orang Melayu melihat Bersatu hanyalah sekadar parti peribadi atau anak-beranak Dr. Mahathir dan bukan parti yang memperjuangkan agenda massa.

“Tindakan Dr. Mahathir membuat pelawaan itu juga dilihat kerana beliau sedar Bersatu tiada kekuatan di akar umbi. Bersatu sendiri gagal membentuk cawangan atau ranting.

“Parti ini gagal mengadakan mesyuarat bahagian dan cawangan, sehingga memaksa perlembagaan parti itu dipinda serta menunda persidangannya beberapa kali,” katanya.

Hakikatnya, kata Shamsul, rakyat semakin menerima kerjasama Pas dan UMNO, malah menyambut baik gerak kerja ke arah pemuafakatan besar kedua-dua parti ini di peringkat nasional.

UMNO kini kekal dengan perjuangannya dan ketika ini bekerjasama dengan Pas demi kepentingan Islam Melayu dalam negara ini.

Tambahnya, bersama-sama parti komponen BN, UMNO dan Pas akan membawa perubahan lebih baik pada rakyat Malaysia.

“Percayalah, kerjasama UMNO, Pas bakal membangkitkan gelombang besar orang Islam Melayu dalam negara ini. Hanya kerjasama UMNO Pas mampu menjaga kepentingan Melayu dan Bumiputera dalam negara ini,” tambahnya.

Komentar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...